aku sebatang pokok pelam
tuan aku telah menanam aku hampir 1 tahun
tiap2 hari tuan aku menyiram badan ku dan kadangkala dibajai tubuh ku
hari2 aku dibelai dengan manja oleh tuanku
oh!! indah nya hidup ku
apabila tubuh ku subur aku telah memberikan tanda2 positive ku
bahawasanya aku boleh menghasilkan buah2 dari benih ku sendiri
apabila sudah merimbun rimbun buah yang aku hasilkan...
maka terjadilah fenomena sekarang....
yang semakin menjadi viral di seluruh pelusuk seantero dunia alam maya
mula la tuan aku meragut buah2 ku yg belum pon masak ranum
"hoiihhh aku mentah lagi la!" jerit batinku
tapiii ada tuan aku kesah!
hari demi hari dia memetik ku utk dijadikan santapan mulut buana nya
kadangkala dijemput rakan2 nya utk menikmati buah ku
yg segar bugar lagi masih bergetah ni haaa....
lantasnya dikupas kupas kulit luar ku
di hiris2 isi ku lantas disemadikan aku
dengan garam! gula! asam boi! dan lagi dramatik cili padi!
habis isi2 ku bermandian dgn mereka2 itu!
lantas disimpan dalam esbok maka...
kesejukan lah aku di dalam esbok bersuhu -16 itu!
di tinggalkan aku didalam kesejukan utk beberapa jam
selepas aku sudah serasi bersama mereka2 itu
aku dikeluarkan oleh tuan ku
laluuuuu tunggu utk di ngap!
ohoiiiiiii tak pasal2 sekarang aku jadi glamer seantero doooniaaaa ;p
kauuuuu ado!!???
ini la kisah aku! berbiji biji pelam ;p
![]() |
| kredit to : yanmieonline |
sekiannnnn......
markah 10/10 *cikgu siap bgi 3 bintang kat tepi markah ni*
~terkenang karangan zaman sekolah~
.jpg)






