Luv Nuffnang

I'm foloww ^__^

Tuesday, February 21, 2012

Cara-cara masak siakap steam

Hari ni nk ajar cara-cara masak siakap steam yg simple tapi sedap hihi...sebelum nk ajar org lain aku dh beberapa kali belajar dgn master cheff aku ni a.k.a bos tempat keje aku En. Zailan hihi...ok kita teruskan dengan bahan2 yg perlu ada sebelum kta memasak yea..

Bahan-bahan yg wajib ada (Bahan A) :
  • ikan siakap (600g - 800g) - 4-5 orang makan
  • serai
  • bawang besar (holand)
  • cili padi
  • bawang putih
  • halia muda (jgn tersilap dgn halia tua)
bahan-bahan tambahan (Bahan B) :
  • serbuk pati ayam knor (jenama lain pn boleh kot)
  • serbuk lada putih
  • garam
  • limau nipis
  • jeruk asam kelubi
  • tomato (utk hiasan)
Cara-cara memasak :
  1. bersihakan ikan siakap terlebih dahulu, hilangkan bau hanyir dengan melumur asam jawa keseluruh ikan siakap tersebut. setelah dibilas ikan tersebut, masukkan ke dalam kuali utk direbus bersama bahan-bahan A tadi dan sedikit garam serta serbuk pati ayam knor ke dalam kuali tersebut, tunggu sehingga mendidih. setelah mendidih matikan api dan angkat/ ambil (serai,bawang besar,cili padi,bawang putih,halia muda) dan dimayang halus.
  2. selepas itu ambil ikan yg ada dlm kuali yg telah direbus tadi, masukkan didalam plate utk proses steamer (kukus). masukkan sekali bahan-bahan A yg telah dimayang halus kedalam plate yg berisi ikan siakap dan air rebusan (secukupnya) serta bahan-bahan yg telah dimayang halus tadi. masukkan sekali sedikit serbuk lada putih, asam kelubi dan sedikit perahan limau nipis, sekiranya tidak masin tambahkan sedikit garam secukupnya.
  3. masukkan ikan di dalam pengukus dan tunggu 5-10 minit dan ikan siakap steam tersedia utk dihidangkan...
Gambar atas : Bahan A - halia muda, serai, cili padi, bawang besar, bawang putih
Gambar bawah : Bahan B - jeruk asam kelubi, hirisan limau nipis, serbuk lada putih, serbuk pati ayam dan garam
Gambar atas : ikan siakap yg sudah dibersihkan
Gambar bawah : Ikan siakap dan bahan A dimasukkan sekali utk direbus
Gambar atas : ikan siakap yg sudah direbus
Gamabr bawah : bahan-bahan A selepas direbus yg perlu di mayang halus

Gambar atas : bahan - bahn A yg siap dimayang halus sedia utk dikukus bersama ikan siakap
Gambar bawah : sedia utk dikukus 5-10 minit
proses pengukusan

"Siakap steam yg sudah masak, sedia utk di hidangkan"

semudah A,B,C dan 1,2,3 sahaja!! siakap steam tersedia utk dinikmati !!

"SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA"

1 comment:

rosli said...

Salam KLI,

TQVM menjenguk blog saya, pandai masak ikan nampak sedap.....siakap peberet saya

Monarch Butterfly 2