Luv Nuffnang

I'm foloww ^__^

Wednesday, April 11, 2012

Kuli Kepada Majikan (part 2)

salam 1 Malaysia..morning uolllss... sambung kembali kisah pengalaman kerja yang pernah aku buat..sesape yg belum baca part 1 boleh click kt SINI. makin banyak pengalaman kerja yang kita buat makin banyak la ilmu dan pengetahuan yg kita dapat..Insyaallah..

kita terus kan pengalaman kerja yang seterusnya :-

pekerjaan yang kelima pernah aku buat...

Kerja Ke Lima : Teacher (guru tadika)

abis je aku ambik kursus bahasa inggeris tu Alhamdulillah member aku offer kerja kat tempat dia kerja jadi cikgu..yeah!! agak minat jugak la nk jadi cikgu..tempat aku mengajar kt Pusat Pengajian Balqis, Manjung Perak...cikgu, sudah semestinya kerja separuh hari je..tue yg aku suka ^__^ ... apa2 pun tue semua propa je kalau korang nak tau...keje jadi cikgu ni pn sebenarnya bz la gak..memang kita nampak kerja separuh hari je..tapi bnyak benda nk kena settle, buat laporan, sediakan perancangan mengajar, nk kna tanda buku latihan n macam2 lagi la...tapi apa2 pn aku bahagia kerja kt sini di kelilingi dengan budak2 yg comel n bijak...kerja kat sini bermula jam 7.00pagi hingga 11.00pagi sahaja...petang aku ikut member aku gi ngajar mengaji budak2 kt area taman aku dduk tu..bermula jam 5.00ptg - 6.00ptg je.. gaji yang aku terima sekadar RM 350.00 sebulan penginapan dan makan disediakan (kira dia dh tolak siap2 la huhuhu..) aku sempat kerja kt sini hanya 3 bulan shj..after that aku dapat rezeki futher stdy kt UUM..

Kerja Ke Enam : Eksekutif Pemasaran

jawatan tu adalah pekerjaan aku sekarang. Bermula tarikh 3hb Mei 2010 aku
mula mengorak langkah dengan dunia pemasaran dan perniagaan di tempat kerja aku sekarang ni di Dorani Bayu Resort, gaji yang ditawarkan agak lumayan.. seriously ni bukan bidang aku la...dan aku pn tak berapa minat kerja ni..tapi mungkin ada sebab musabab Tuhan tu rezekikan aku dalam bidang ni..sekurang-kurangnya tambah gak la ilmu dalam otak aku ni...dan ada juga kaitan apa yg aku stdy dulu dengan subjek yg aku amek (tourism)... kerja lihat pada keadaan tak de function untuk aku handle ahad aku cuti..kalau ade pernah 1 bulan aku tak cuti cam nk pengsan gak la...kerja aku urusankan function dari mana2 organisasi yg berminat utk function meeting, family day, makan2 dan sebagainya...pendek kata jumpa orang je la..apa2 pn ni cabaran dalam dunia pekerjaan..yg penting rezeki yg aku cari halal...


Kerja-kerja amal yang aku buat :

dunia ni memang aku minat gilerrr la... aku suka bab2 teknologi, graphic & photo
...secara tak sengaja aku ada gi kursus wat website/ laman sesawang..bukti website yg aku buat dari A-Z sila lihat di SINI..hanya menggunakan perisian weebly sahaja.

seterusnya aku mula berjinak-jinak dengan dunia berbloging seperti sekarang ni...aku merasakan perlu untuk aku berbeloging ni untuk aku coretkan apa2 yang aku fikir perlu untuk berkongsi dengan pembaca di luar sana. kenapa aku pilih nick name blog aku kopiolimauice sila baca di SINI...


cinta hati : mudah-mudahan rezeki yang kau berikan membawa berkat dunia dan akhirat..amin..


No comments:

Monarch Butterfly 2